Posts

Amber Cypress

Image
AMBER POKOK PINE CYPRESS Pohon dari spesies Pine Cypress miliki persamaan genetik 98 peratus papan dari bahtera Nabi Nuh, dikatakan mujarab lawan pelbagai penyakit  MUNGKIN anda pernah mendengar orang memperkatakan mengenai keajaiban amalan pemakanan yang didakwa boleh memanjangkan usia seseorang melebihi purata hayat manusia. Sejak berzaman lalu, sudah banyak teori dan kajian yang dilakukan saintis di seluruh dunia bagi mencari rahsia di sebalik usia panjang. Baik era mana sekalipun, hingga hari ini, saintis masih berdebat dalam mencari rahsia panjang umur. Seorang saintis masyhur yang pernah memenangi Hadiah Nobel, Dr Henri Coanda dilaporkan mendakwa, ada lima tempat di dunia di mana penduduknya merekodkan purata umur terpanjang iaitu suku kaum di Peru; Ecuador; Georgia; Mongolia dan Lembah Hunza di Banjaran Karakoram, Pakistan.  Di antara lima suku kaum ini, kaum Hunza berada di senarai teratas purata umur panjang iaitu antara 100 tahun hingga 140 tahun, hamp...